6 Ya TUHAN, Engkau tiada taranya;Engkau sungguh perkasa,nama-Mu agung dan berkuasa.
7 Siapa yang tidak mahu menghormati Engkau,raja semua bangsa?Engkau patut dihormati oleh semua.Engkau tiada taranyaantara semua orang bijak daripada bangsa-bangsa,atau antara raja-raja mereka.
8 Mereka semua bebal dan bodoh.Apakah yang dapat dipelajari mereka daripadapatung berhala yang dibuat daripada kayu?
9 Berhala mereka disaluti perak dari Sepanyol,dan disaluti emas dari Ufas;semuanya karya para tukang.Pakaian berhala daripada kain ungu tua dan ungu muda,ditenun oleh para penenun yang mahir.
10 Tetapi Engkau, TUHAN, Allah yang benar,Engkau Allah yang hidup,raja yang kekal.Apabila Engkau murka, dunia gementar,bangsa-bangsa tidak tahan menghadapi kemurkaan-Mu.(
11 Hai umat, kamu harus memberitahu mereka bahawa dewa-dewa yang tidak menciptakan langit dan bumi akan dibinasakan. Dewa-dewa itu akan lenyap dari muka bumi.)
12 TUHAN menjadikan bumi dengan kuasa-Nya;dengan hikmat-Nya Dia menciptakan duniadan membentangkan langit.