11 Sebagaimana sarung pendek terikat erat pada pinggang pemakainya, demikianlah maksud-Ku bagi umat Israel dan Yehuda supaya terikat erat kepada-Ku. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku dan mendatangkan pujian dan hormat bagi nama-Ku. Tetapi mereka tidak mahu taat kepada-Ku.”
12 TUHAN Allah berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, beritahulah orang Israel bahawa setiap kendi wain mesti dipenuhi wain. Mereka akan menjawab, ‘Adakah kami tidak tahu bahawa setiap kendi wain harus dipenuhi wain?’
13 Kemudian katakanlah kepada mereka bahawa Aku, TUHAN akan memenuhi orang di negeri ini dengan wain sehingga mereka mabuk: raja-raja keturunan Daud, para imam, nabi, dan semua penduduk Yerusalem.
14 Selepas itu Aku akan menghantukkan mereka satu sama lain, seperti kendi dihantukkan. Orang tua dan muda akan Kuperlakukan demikian tanpa ampun. Aku akan membinasakan mereka tanpa rasa sayang atau belas kasihan.”
15 Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman!Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.
16 Hormatilah TUHAN, Allah kamusebelum Dia mendatangkan kegelapan,dan kaki kamu tersandung di pergunungan;sebelum terang yang kamu harapkandiubah menjadi kekelaman.
17 Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia,aku akan menangis dengan diam-diamkerana keangkuhan kamu.Aku akan menangis dengan pilu,air mataku akan berlinangkerana umat TUHAN telah ditawan musuh.