15 Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman!Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.
16 Hormatilah TUHAN, Allah kamusebelum Dia mendatangkan kegelapan,dan kaki kamu tersandung di pergunungan;sebelum terang yang kamu harapkandiubah menjadi kekelaman.
17 Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia,aku akan menangis dengan diam-diamkerana keangkuhan kamu.Aku akan menangis dengan pilu,air mataku akan berlinangkerana umat TUHAN telah ditawan musuh.
18 TUHAN berfirman kepadaku, “Suruhlah raja dan bonda raja turun dari takhta mereka, kerana mahkota mereka yang indah sudah jatuh dari kepala.
19 Kota-kota Yehuda di bahagian selatan sedang dikepung, dan tiada orang yang dapat menembusi kepungan itu. Semua penduduk Yehuda telah dibuang negeri.”
20 Hai Yerusalem, lihatlah! Musuh kamu sedang datang dari utara! Di manakah orang yang harus kamu lindungi, orang yang sangat kamu banggakan itu?
21 Apakah yang akan kamu katakan apabila orang yang kamu anggap sebagai kawan, mengalahkan serta menguasai kamu? Tentu kamu akan berasa sakit seperti perempuan yang sedang bersalin.