6 Beberapa waktu kemudian TUHAN menyuruh aku pergi lagi ke Sungai Efrat untuk mengambil sarung pendek itu.
7 Maka aku pergi, lalu mengeluarkan sarung pendek itu dari tempat aku menyembunyikannya. Ternyata sarung itu telah lapuk dan sama sekali tidak berguna lagi.
8 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku lagi,
9 “Begitulah caranya Aku akan bertindak terhadap penduduk Yehuda dan Yerusalem. Aku akan menghancurkan keangkuhan mereka.
10 Bangsa yang jahat ini tidak mahu taat kepada-Ku. Mereka masih degil dan jahat seperti dahulu. Mereka beribadat dan mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan lain. Itulah sebabnya mereka akan menjadi seperti sarung pendek yang tidak berguna itu.
11 Sebagaimana sarung pendek terikat erat pada pinggang pemakainya, demikianlah maksud-Ku bagi umat Israel dan Yehuda supaya terikat erat kepada-Ku. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku dan mendatangkan pujian dan hormat bagi nama-Ku. Tetapi mereka tidak mahu taat kepada-Ku.”
12 TUHAN Allah berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, beritahulah orang Israel bahawa setiap kendi wain mesti dipenuhi wain. Mereka akan menjawab, ‘Adakah kami tidak tahu bahawa setiap kendi wain harus dipenuhi wain?’