7 Maka aku pergi, lalu mengeluarkan sarung pendek itu dari tempat aku menyembunyikannya. Ternyata sarung itu telah lapuk dan sama sekali tidak berguna lagi.
8 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku lagi,
9 “Begitulah caranya Aku akan bertindak terhadap penduduk Yehuda dan Yerusalem. Aku akan menghancurkan keangkuhan mereka.
10 Bangsa yang jahat ini tidak mahu taat kepada-Ku. Mereka masih degil dan jahat seperti dahulu. Mereka beribadat dan mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan lain. Itulah sebabnya mereka akan menjadi seperti sarung pendek yang tidak berguna itu.
11 Sebagaimana sarung pendek terikat erat pada pinggang pemakainya, demikianlah maksud-Ku bagi umat Israel dan Yehuda supaya terikat erat kepada-Ku. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku dan mendatangkan pujian dan hormat bagi nama-Ku. Tetapi mereka tidak mahu taat kepada-Ku.”
12 TUHAN Allah berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, beritahulah orang Israel bahawa setiap kendi wain mesti dipenuhi wain. Mereka akan menjawab, ‘Adakah kami tidak tahu bahawa setiap kendi wain harus dipenuhi wain?’
13 Kemudian katakanlah kepada mereka bahawa Aku, TUHAN akan memenuhi orang di negeri ini dengan wain sehingga mereka mabuk: raja-raja keturunan Daud, para imam, nabi, dan semua penduduk Yerusalem.