17 TUHAN menyuruh aku memberitahukan kesedihanku kepada umat-Nya. Aku harus berkata begini,“Biarlah aku menangis tiada hentinya,siang dan malam bercucuran air mata,kerana bangsaku luka parahdan sangat menderita.
18 Apabila aku pergi ke padang,aku nampak mayat mangsa perang.Apabila aku pergi ke kota,aku nampak orang hampir mati kelaparan.Nabi dan imam menjalankan kewajipantanpa mengerti apa yang dilakukan.”
19 Ya TUHAN, adakah Yehuda Kautolak sama sekali?Adakah penduduk Sion Kaubenci?Mengapa Engkau memukul kami dengan keras sekalisehingga kami tidak dapat sembuh lagi?Sia-sia sahaja kami mencari kedamaian;kami mengharapkan kesembuhan, tetapi yang ada hanyalah keganasan.
20 Ya TUHAN, terhadap Engkau sahajakami telah berdosa.Kami mengakui dosa kamidan dosa nenek moyang kami.
21 Ingatlah akan janji-Mu, janganlah hina kami;janganlah batalkan perjanjian-Mu dengan kami.Janganlah hina Yerusalem,tempat takhta-Mu yang mulia.
22 Tiada dewa bangsa-bangsa dapat menurunkan hujan;langit pun tidak dapat mencurahkan hujan.Ya TUHAN, Allah kami,Engkaulah satu-satunya harapan kami,kerana Engkaulah yang menyebabkan semuanya terjadi.