1 TUHAN berfirman lagi kepadaku,
2 “Jangan berkahwin atau mempunyai anak di tempat ini.
3 Aku akan memberitahu engkau tentang hal yang akan berlaku terhadap anak-anak yang dilahirkan di sini dan terhadap ibu bapa mereka.
4 Mereka akan mati kerana diserang penyakit yang membawa maut. Tiada seorang pun akan meratapi atau menguburkan mereka. Mayat mereka akan berselerak seperti baja di tanah. Mereka akan terbunuh dalam peperangan atau mati kelaparan. Mayat mereka akan dimakan burung dan binatang buas.
5 Jangan masuk ke rumah orang yang sedang berkabung. Jangan ratapi sesiapa pun. Aku tidak lagi memberkati umat-Ku dengan kesejahteraan, dan Aku tidak akan menunjukkan kasih sayang atau belas kasihan kepada mereka.