5 Jangan masuk ke rumah orang yang sedang berkabung. Jangan ratapi sesiapa pun. Aku tidak lagi memberkati umat-Ku dengan kesejahteraan, dan Aku tidak akan menunjukkan kasih sayang atau belas kasihan kepada mereka.
6 Orang kaya dan orang miskin di negeri ini akan mati, tetapi tiada sesiapa pun akan meratapi atau menguburkan mereka. Tiada seorang pun akan melukakan tubuh atau mencukur rambut kepala sebagai tanda berkabung untuk mereka.
7 Apabila ada orang yang meninggal, tiada sesiapa pun akan makan atau minum dengan keluarga orang itu untuk menghiburkan mereka. Apabila ada orang yang kehilangan ibu atau bapa, tiada sesiapa yang akan turut berdukacita dengan mereka.
8 Jangan masuk ke rumah orang yang sedang berpesta. Jangan duduk dan makan minum bersama-sama mereka.
9 Dengarlah firman daripada Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel. Suara keriangan dan kesukaan serta keramaian pesta perkahwinan akan Kuhentikan. Perkara itu akan disaksikan oleh orang yang hidup pada zamanmu ini.
10 Apabila engkau menyampaikan semua hal ini kepada mereka, mereka akan bertanya sebabnya Aku mengambil keputusan untuk menghukum mereka dengan begitu keras. Mereka akan bertanya tentang kesalahan dan dosa mereka terhadap Aku, TUHAN Allah mereka.
11 Beritahulah mereka bahawa demikianlah firman TUHAN, ‘Nenek moyang kamu berpaling daripada-Ku lalu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka meninggalkan Aku dan tidak mahu taat kepada peraturan-Ku.