7 Apabila ada orang yang meninggal, tiada sesiapa pun akan makan atau minum dengan keluarga orang itu untuk menghiburkan mereka. Apabila ada orang yang kehilangan ibu atau bapa, tiada sesiapa yang akan turut berdukacita dengan mereka.
8 Jangan masuk ke rumah orang yang sedang berpesta. Jangan duduk dan makan minum bersama-sama mereka.
9 Dengarlah firman daripada Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel. Suara keriangan dan kesukaan serta keramaian pesta perkahwinan akan Kuhentikan. Perkara itu akan disaksikan oleh orang yang hidup pada zamanmu ini.
10 Apabila engkau menyampaikan semua hal ini kepada mereka, mereka akan bertanya sebabnya Aku mengambil keputusan untuk menghukum mereka dengan begitu keras. Mereka akan bertanya tentang kesalahan dan dosa mereka terhadap Aku, TUHAN Allah mereka.
11 Beritahulah mereka bahawa demikianlah firman TUHAN, ‘Nenek moyang kamu berpaling daripada-Ku lalu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka meninggalkan Aku dan tidak mahu taat kepada peraturan-Ku.
12 Tetapi perbuatan kamu lebih jahat daripada perbuatan nenek moyang kamu. Kamu semua degil dan jahat. Kamu tidak mahu taat kepada-Ku.
13 Oleh itu, Aku akan mengusir kamu dari negeri ini dan membuang kamu ke sebuah negeri yang asing sekali bagi kamu dan bagi nenek moyang kamu. Di sana kamu akan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain pada siang dan malam, dan Aku tidak akan mengasihani kamu.’ ”