12 Rumah TUHAN kita seperti takhta yang mulia,yang terletak di atas gunung tinggi sejak mula-mula.
13 Ya TUHAN, Engkaulah harapan Israel;semua orang yang meninggalkan Engkau akan dipermalukan.Mereka akan lenyap dari dunia ini,dan pergi ke dunia orang mati,kerana mereka telah meninggalkan TUHAN,sumber air yang memberikan hidup.
14 Ya TUHAN, sembuhkanlah aku, supaya aku sihat. Selamatkanlah aku, agar aku selamat. Engkau sahaja yang aku puji!
15 Orang berkata kepadaku, “Di manakah semua ancaman TUHAN terhadap kami? Biarlah Dia melaksanakan semuanya sekarang!”
16 Tetapi, ya TUHAN, tidak pernah aku mendesak Engkau untuk mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Aku tidak juga mengingini kesusahan menimpa mereka. Engkau tahu hal itu, ya TUHAN. Engkau tahu apa yang kukatakan.
17 Janganlah Engkau menjadi sesuatu yang menakutkan aku. Engkaulah tempat aku berlindung apabila kesusahan datang.
18 Semoga Engkau mempermalukan orang yang menganiaya aku, tetapi lindungilah aku, ya TUHAN. Liputilah mereka dengan ketakutan, tetapi janganlah takutkan aku. Datangkanlah malapetaka terhadap mereka sehingga mereka hancur binasa.