2 Bangsa kamu memuja berhala di mazbah-mazbah dan tiang-tiang berhala yang telah didirikan untuk Dewi Asyera di bawah setiap pokok hijau, di puncak-puncak bukit,
3 dan di atas gunung-gunung di luar kota. Aku akan menyuruh musuh kamu mengangkut segala harta dan kekayaan kamu, kerana segala dosa yang telah kamu lakukan di seluruh negeri.
4 Kamu akan terpaksa menyerahkan tanah yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku akan menjadikan kamu hamba musuh di negeri yang asing sekali bagi kamu. Aku melakukan semua itu kerana kemurkaan-Ku seperti api yang menyala-nyala selama-lamanya.”
5 TUHAN berfirman,“Aku akan menghukum sesiapa sahajayang meninggalkan Aku,dan yang berharap kepada manusiaserta bersandar kepada kekuatan manusia fana.
6 Dia seperti belukar di padang gurun,yang tumbuh di kawasan gersang,di tanah bergaram, yang tidak ditumbuhi tumbuhan lain.Orang seperti itu tidak pernah mengalami kebaikan.
7 Tetapi orang yang berharap kepada-Kuakan Kuberkati selalu.
8 Dia bagaikan pokok yang tumbuhdi tepi sungai yang mengalir;akarnya merambat sampai ke air.Musim panas tidak ditakutinya,kerana daun-daunnya selalu hijau;walaupun negeri dilanda kemarau,tidak ada kegelisahannya,kerana buah selalu dihasilkannya.