6 Dia seperti belukar di padang gurun,yang tumbuh di kawasan gersang,di tanah bergaram, yang tidak ditumbuhi tumbuhan lain.Orang seperti itu tidak pernah mengalami kebaikan.
7 Tetapi orang yang berharap kepada-Kuakan Kuberkati selalu.
8 Dia bagaikan pokok yang tumbuhdi tepi sungai yang mengalir;akarnya merambat sampai ke air.Musim panas tidak ditakutinya,kerana daun-daunnya selalu hijau;walaupun negeri dilanda kemarau,tidak ada kegelisahannya,kerana buah selalu dihasilkannya.
9 Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa;hati manusia lebih licik daripada segala-galanya,dan penyakitnya terlalu parah.
10 Aku, TUHAN, menyelidiki hati;fikiran manusia Kuuji.Setiap orang Kuperlakukan menurut tingkah lakunya,dan Kuperlakukan sesuai dengan perbuatannya.”
11 Bagaikan burung menetaskan telur yang bukan miliknya,begitulah orang yang tidak jujur memperoleh harta.Pada usia yang masih mudadia akan kehilangan semua hartanya.Pada akhir hidupnya akan terbuktibahawa dia orang yang bodoh sekali.
12 Rumah TUHAN kita seperti takhta yang mulia,yang terletak di atas gunung tinggi sejak mula-mula.