14 Terkutuklah hari kelahiranku!Lupakanlah hari ketika ibuku melahirkan aku!
15 Terkutuklah pembawa beritayang menyebabkan bapaku gembira,ketika berita disampaikan kepadanya,“Engkau mendapat seorang anak lelaki!”
16 Biarlah si pembawa berita itu seperti kota-kotayang dihancurkan oleh TUHAN tanpa kasihan.Biarlah dia mendengar jeritan kesakitan pada waktu pagi,dan tempik pertempuran pada tengah hari,
17 kerana dia tidak membunuh akuketika aku masih dalam kandungan,supaya aku tetap dikandung ibukudan rahim ibu menjadi kuburku.
18 Mengapa aku dilahirkan?Adakah hanya untuk menderitadan mengalami kesusahan?Adakah hidupku akan berlalusemata-mata untuk mendapat malu?