5 Aku akan membiarkan musuh mereka menjarah dan mengangkut semua kekayaan kota ini serta semua harta miliknya ke Babilonia, bahkan harta pusaka raja-raja Yehuda.
6 Engkau pula, hai Pasyhur, akan ditangkap dan diangkut ke Babilonia bersama dengan semua anggota keluargamu. Di sana engkau akan mati dan dikuburkan bersama dengan semua kawanmu yang telah mendengarkan dustamu.’ ”
7 Ya TUHAN, Engkau telah menipu akudan aku telah tertipu.Engkau lebih kuat daripada akudan telah mengalahkan aku.Aku diejek oleh setiap orang,dihina dari pagi sampai petang.
8 Setiap kali aku berkata-kata,aku mesti berteriak sekuat-kuatnya,“Keganasan! Kemusnahan!”Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu,kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu.
9 Tetapi apabila aku berkata,“Biarlah aku melupakan TUHAN,aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,”maka perkhabaran-Mu bagaikan apiyang membara dalam hati sanubari.Aku telah cuba menahannya,tetapi aku tidak berdaya.
10 Aku mendengar orang berbisik di mana-mana,“Ketakutan merajalela!Mari laporkan dia kepada yang berkuasa!”Bahkan semua sahabat karibkumenunggu kejatuhanku.Mereka berkata, “Mungkin dengan penipuan,dia dapat kita kalahkan,supaya dapatlah kitamembalas dendam kepadanya.”
11 Tetapi, Engkau, ya TUHAN, memihak aku;Engkau kuat dan perkasa.Mereka yang menganiaya akuakan jatuh dan tidak berdaya.Mereka akan dipermalukan selama-lamanya,kerana rancangan mereka tidak berjaya.Kehinaan mereka itu akan diingat selalu.