1 Alangkah dahsyatnya hukuman TUHAN terhadap para penguasa yang membinasakan dan mencerai-beraikan umat-Nya!
2 Inilah yang difirmankan TUHAN, Allah Israel, tentang para penguasa yang seharusnya menjaga umat-Nya, “Kamu tidak menjaga umat-Ku; sebaliknya kamu mencerai-beraikan dan mengusir mereka. Sekarang Aku akan menghukum kamu kerana kejahatan kamu.
3 Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.
4 Aku akan melantik penguasa untuk menjaga mereka. Umat-Ku tidak akan takut atau gentar lagi; Aku tidak akan menghukum mereka lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”