22 Seandainya mereka tahu apa yang terkandung dalam fikiran-Ku, tentu mereka akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku kepada umat-Ku. Dengan demikian umat-Ku akan berhenti melakukan dosa dan perbuatan yang jahat.
23 Aku ini Allah yang hadir di mana-mana, dan bukan Allah yang hadir di satu tempat sahaja.
24 Tiada seorang pun dapat menyembunyikan diri daripada pandangan-Ku, kerana Aku hadir di mana-mana, di syurga dan di bumi.
25 Aku tahu semua yang dikatakan oleh nabi-nabi itu. Demi nama-Ku mereka berdusta bahawa perkhabaran-Ku telah diterima mereka melalui mimpi.
26 Sampai bilakah nabi-nabi itu akan menyesatkan umat-Ku dengan dusta yang dibuat-buat mereka sendiri?
27 Mereka berfikir bahawa mimpi-mimpi yang diceritakan mereka itu akan menyebabkan umat-Ku melupakan Aku sebagaimana nenek moyang mereka melupakan Aku, lalu menyembah Baal.
28 Nabi yang bermimpi seharusnya berkata, ‘Itu hanya mimpi.’ Tetapi nabi yang menerima perkhabaran daripada-Ku haruslah menyampaikan perkhabaran itu dengan setia. Apalah jerami jika dibandingkan dengan gandum!