32 Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
33 TUHAN berfirman, “Hai Yeremia, apabila salah seorang umat-Ku, atau seorang nabi atau seorang imam bertanya kepadamu, ‘Apa perkhabaran TUHAN?’ Engkau harus menjawab, ‘Engkaulah beban TUHAN, kerana itu engkau akan dibuang-Nya.’
34 Jika salah seorang umat-Ku atau seorang nabi atau seorang imam menyebut perkataan ‘beban TUHAN’, Aku akan menghukum dia dan keluarganya.
35 Sebaliknya, setiap orang harus bertanya kepada kawannya dan kepada sanak saudaranya, ‘Apakah jawapan TUHAN? Apakah yang difirmankan TUHAN?’
36 Mereka tidak boleh lagi menggunakan perkataan ‘beban TUHAN’. Jika ada orang yang masih menggunakan perkataan itu, Aku akan menjadikan perkhabaran-Ku benar-benar beban baginya. Orang sudah memutarbalikkan firman daripada Aku, Allah mereka, Allah yang hidup, TUHAN Yang Maha Kuasa.
37 Hai Yeremia, tanyalah nabi-nabi itu, ‘Apakah jawapan TUHAN kepada kamu? Apakah yang difirmankan TUHAN?’
38 Jika ada orang yang tidak taat kepada perintah-Ku itu, dan masih menggunakan perkataan ‘beban TUHAN’,