30 Hai Yeremia, semua yang Aku firmankan kepadamu, harus engkau isytiharkan. Engkau mesti berkata kepada mereka,‘TUHAN akan mengaum dari syurga;Dia akan mengguntur dari kediaman-Nya yang suci.Dia akan bergemuruh melawan umat-Nya;Dia akan memekik seperti orang yang memeras buah anggur.Setiap orang di bumi akan mendengar-Nya,
31 sampai ke hujung bumi suara-Nya bergema.TUHAN mengajukan perkara terhadap bangsa-bangsa.Dia akan mengadili semua orangdan membinasakan orang jahat.TUHAN telah berfirman.’ ”
32 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman bahawa bencana akan menimpa bangsa demi bangsa, dan badai sedang berkecamuk di hujung-hujung bumi.
33 Pada hari itu mayat orang yang dibinasakan oleh TUHAN akan bergelimpangan di seluruh muka bumi. Mereka tidak akan diratapi, tidak pula diangkat untuk dikuburkan, melainkan dibiarkan sahaja di tanah seperti timbunan baja.
34 Menangislah, hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai; kamu akan disembelih seperti domba jantan.
35 Kamu pasti tidak dapat menyelamatkan diri.
36-37 Kamu mengerang dan menangis dengan pilu kerana TUHAN dalam kemurkaan-Nya telah membinasakan bangsa kamu serta memusnahkan negeri kamu yang aman.