33 Pada hari itu mayat orang yang dibinasakan oleh TUHAN akan bergelimpangan di seluruh muka bumi. Mereka tidak akan diratapi, tidak pula diangkat untuk dikuburkan, melainkan dibiarkan sahaja di tanah seperti timbunan baja.
34 Menangislah, hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai; kamu akan disembelih seperti domba jantan.
35 Kamu pasti tidak dapat menyelamatkan diri.
36-37 Kamu mengerang dan menangis dengan pilu kerana TUHAN dalam kemurkaan-Nya telah membinasakan bangsa kamu serta memusnahkan negeri kamu yang aman.
38 TUHAN telah meninggalkan umat-Nya seperti singa yang meninggalkan guanya. Kedahsyatan peperangan dan kemurkaan TUHAN telah mengubah negeri ini menjadi gurun.