34 Menangislah, hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai; kamu akan disembelih seperti domba jantan.
35 Kamu pasti tidak dapat menyelamatkan diri.
36-37 Kamu mengerang dan menangis dengan pilu kerana TUHAN dalam kemurkaan-Nya telah membinasakan bangsa kamu serta memusnahkan negeri kamu yang aman.
38 TUHAN telah meninggalkan umat-Nya seperti singa yang meninggalkan guanya. Kedahsyatan peperangan dan kemurkaan TUHAN telah mengubah negeri ini menjadi gurun.