11 Para imam dan nabi berkata kepada pemimpin-pemimpin itu dan kepada rakyat, “Orang ini patut dihukum mati kerana dia telah mengeluarkan kata-kata yang menentang kota kita. Kamu sendiri telah mendengarnya.”
12 Kemudian aku berkata, “TUHAN telah menyuruh aku mengisytiharkan segala perkhabaran yang menentang Rumah TUHAN dan kota ini seperti yang telah kamu dengar.
13 Oleh itu kamu harus mengubah cara hidup dan perbuatan kamu; taatilah TUHAN, Allah kamu, supaya Dia membatalkan rancangan-Nya untuk menimpakan bencana atas kamu.
14 Bagi diriku, aku dalam kuasa kamu! Lakukanlah apa sahaja yang adil dan benar menurut pendapat kamu.
15 Tetapi ingatlah, jika kamu membunuh aku, kamu dan penduduk kota ini berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah. TUHAN yang mengutus aku untuk memberikan amaran itu kepada kamu.”
16 Kemudian para pemimpin dan rakyat berkata kepada para imam dan nabi itu, “Orang ini berucap demi nama TUHAN, Allah kita; dia tidak patut dihukum mati.”
17 Selepas itu beberapa orang antara orang tua-tua bangsa itu maju ke hadapan dan berkata kepada semua orang yang berkumpul di situ,