14 Bagi diriku, aku dalam kuasa kamu! Lakukanlah apa sahaja yang adil dan benar menurut pendapat kamu.
15 Tetapi ingatlah, jika kamu membunuh aku, kamu dan penduduk kota ini berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah. TUHAN yang mengutus aku untuk memberikan amaran itu kepada kamu.”
16 Kemudian para pemimpin dan rakyat berkata kepada para imam dan nabi itu, “Orang ini berucap demi nama TUHAN, Allah kita; dia tidak patut dihukum mati.”
17 Selepas itu beberapa orang antara orang tua-tua bangsa itu maju ke hadapan dan berkata kepada semua orang yang berkumpul di situ,
18 “Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa,‘Sion akan dibajak seperti ladang,Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan,dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’
19 Raja Hizkia dan penduduk Yehuda tidak membunuh Mikha. Sebaliknya, Raja Hizkia takut akan TUHAN dan minta belas kasihan-Nya. Oleh itu TUHAN membatalkan rancangan-Nya untuk menimpakan bencana kepada mereka. Sekarang pula, kita hampir mendatangkan bencana yang dahsyat kepada diri kita sendiri.”
20 Seorang lelaki lain yang bernama Uria anak Semaya dari Kiryat-Yearim, juga pernah berucap demi nama TUHAN untuk menentang kota dan bangsa ini, seperti yang dilakukan oleh Yeremia.