14 Jangan dengarkan nabi-nabi yang melarang tuanku takluk kepada raja Babilonia. Mereka menipu tuanku.
15 TUHAN sendiri berfirman bahawa Dia tidak mengutus mereka, dan mereka berdusta kepada tuanku demi nama-Nya. Oleh itu Dia akan mengusir dan membinasakan tuanku bersama dengan nabi-nabi yang telah berdusta kepada tuanku.”
16 Kemudian aku memberitahu imam-imam dan semua rakyat bahawa TUHAN berfirman, “Jangan dengarkan nabi-nabi yang berkata bahawa tidak lama lagi harta benda Rumah-Ku akan dibawa kembali dari Babilonia. Mereka berdusta kepada kamu.
17 Jangan dengarkan mereka! Hendaklah kamu menyerah diri kepada raja Babilonia, supaya kamu selamat. Mengapa kota ini dibiarkan menjadi timbunan runtuhan?
18 Jika mereka benar-benar nabi dan telah menerima perkhabaran daripada-Ku, sekarang biarlah mereka minta kepada-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, supaya harta benda yang masih ada di Rumah-Ku dan di istana raja di Yerusalem, tidak diangkut ke Babilonia.”(
19-20 Apabila Raja Nebukadnezar menangkap Yoyakhin putera Raja Yoyakim, raja Yehuda, dan para pemimpin masyarakat Yehuda dan Yerusalem, lalu membawa mereka ke Babilonia, Raja Nebukadnezar tidak mengambil tiang-tiang, bejana gangsa, pedati-pedati, dan beberapa harta lain di Rumah TUHAN.)
21 “Dengarlah akan firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, tentang semua harta benda yang tertinggal di Rumah-Ku dan di istana raja di Yerusalem: