1 Pada tahun itu juga, pada bulan kelima tahun keempat pemerintahan Raja Zedekia, Hananya anak Azur, seorang nabi dari kota Gibeon, berkata-kata kepadaku di Rumah TUHAN. Dia memberitahu aku di hadapan para imam dan rakyat
2 bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman, “Aku telah mematahkan kuasa raja Babilonia.
3 Dalam masa dua tahun ini Aku akan mengembalikan semua harta benda Rumah-Ku, yang telah diangkut oleh Raja Nebukadnezar ke Babilonia.
4 Aku juga akan membawa kembali Yoyakhin putera Raja Yoyakim, raja Yehuda, bersama dengan semua rakyat Yehuda yang telah diangkut ke Babilonia. Sesungguhnya, Aku akan mematahkan kuasa Babilonia. Aku, TUHAN, telah berfirman.”