2 bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman, “Aku telah mematahkan kuasa raja Babilonia.
3 Dalam masa dua tahun ini Aku akan mengembalikan semua harta benda Rumah-Ku, yang telah diangkut oleh Raja Nebukadnezar ke Babilonia.
4 Aku juga akan membawa kembali Yoyakhin putera Raja Yoyakim, raja Yehuda, bersama dengan semua rakyat Yehuda yang telah diangkut ke Babilonia. Sesungguhnya, Aku akan mematahkan kuasa Babilonia. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
5 Kemudian di hadapan para imam dan semua orang yang berdiri di Rumah TUHAN, aku berkata kepada Hananya,
6 “Syabas! Aku berharap TUHAN akan melakukan hal itu! Mudah-mudahan Dia akan menjadikan ramalanmu itu kenyataan, dan Dia membawa kembali harta benda Rumah TUHAN dari Babilonia bersama dengan semua orang yang telah dibuang ke sana.
7 Tetapi dengarlah akan apa yang kukatakan kepadamu dan kepada rakyat.
8 Nabi-nabi pada dahulu kala, sebelum zaman kita, telah meramalkan bahawa peperangan, kebuluran, dan wabak akan menimpa banyak bangsa dan kerajaan yang kuat.