5 Kemudian di hadapan para imam dan semua orang yang berdiri di Rumah TUHAN, aku berkata kepada Hananya,
6 “Syabas! Aku berharap TUHAN akan melakukan hal itu! Mudah-mudahan Dia akan menjadikan ramalanmu itu kenyataan, dan Dia membawa kembali harta benda Rumah TUHAN dari Babilonia bersama dengan semua orang yang telah dibuang ke sana.
7 Tetapi dengarlah akan apa yang kukatakan kepadamu dan kepada rakyat.
8 Nabi-nabi pada dahulu kala, sebelum zaman kita, telah meramalkan bahawa peperangan, kebuluran, dan wabak akan menimpa banyak bangsa dan kerajaan yang kuat.
9 Tetapi nabi yang meramalkan keamanan, hanya dapat diakui sebagai nabi yang sungguh-sungguh diutus oleh TUHAN, apabila ramalannya menjadi kenyataan.”
10 Kemudian Hananya mengambil kok dari tengkukku, lalu mematahkannya.
11 Di hadapan semua orang di situ, dia berkata, “TUHAN berfirman bahawa beginilah caranya Dia akan mematahkan kok yang dipasang oleh Raja Nebukadnezar pada tengkuk semua bangsa; TUHAN akan melakukan hal itu dalam masa dua tahun.” Selepas itu aku meninggalkan tempat itu.