27 Mengapa engkau tidak bertindak terhadap Yeremia orang Anatot itu, yang telah berlaku sebagai nabi di kalangan bangsa kita?
28 Dia telah memberitahu orang kita di Babilonia bahawa mereka masih lama tinggal di sana sebagai orang tawanan; lalu mereka harus mendirikan rumah, menetap di sana, membuka ladang, dan makan hasilnya.”
29 Surat itu dibacakan oleh Imam Zefanya kepadaku.
30 Oleh itu TUHAN menyuruh aku
31 mengirim berita tentang Semaya kepada semua orang Israel yang dibuang ke Babilonia. Berita itu demikian: “Semaya telah berucap kepada kamu seolah-olah dia seorang nabi; padahal Aku, TUHAN, tidak menyuruh dia. Oleh sebab dia telah menyebabkan kamu percaya kepada dusta,
32 dan menyuruh kamu melawan Aku, maka Aku akan menghukum dia dan keturunannya. Dia tidak akan mempunyai keturunan yang tinggal di kalangan kamu. Dia tidak akan hidup untuk melihat hal-hal baik yang akan Kulakukan untuk umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”