1 TUHAN berfirman, “Apabila seorang suami menceraikan isterinya, lalu perempuan itu menjadi isteri orang lain, maka bekas suaminya tidak boleh mengambil dia kembali sebagai isteri, kerana perbuatan itu akan menajiskan seluruh negeri ini. Engkau Israel, sudah mempunyai banyak sekali kekasih, dan sekarang engkau mahu kembali kepada-Ku pula!
2 Cuba tengok ke atas, ke puncak-puncak bukit! Tempat manakah yang belum pernah kaudatangi untuk melacurkan diri? Engkau duduk di pinggir jalan menantikan orang yang mahu berasmara; engkau bagaikan orang Arab yang mengadang mangsa di gurun. Engkau menajiskan negeri ini dengan perzinaan dan kejahatanmu.
3 Itulah sebabnya hujan tidak turun, dan hujan pada musim bunga tidak datang. Engkau mirip pelacur; engkau tidak tahu malu.
4 Tetapi sekarang engkau berkata kepada-Ku, ‘Engkaulah bapaku. Engkau mengasihi aku sejak aku kecil.