16 Kemudian apabila kamu telah bertambah banyak di negeri ini, orang tidak akan bercakap tentang Tabut Perjanjian-Ku lagi. Mereka tidak akan memikirkan atau mengingatnya lagi; malah mereka tidak akan memerlukannya atau membuat Tabut Perjanjian yang lain.
17 Pada masa itu kota Yerusalem akan disebut ‘Takhta TUHAN’, dan semua bangsa akan berkumpul di kota itu untuk menyembah Aku. Mereka tidak akan lagi mengikut kemahuan hati mereka yang degil dan jahat itu.
18 Israel akan bergabung dengan Yehuda, lalu bersama-sama datang dari negeri pembuangan di sebelah utara. Mereka akan kembali ke negeri yang telah Kuberikan sebagai tanah pusaka kepada nenek moyang kamu.”
19 TUHAN berfirman,“Hai Israel, Aku ingin menerima engkau sebagai anak-Ku,dan memberi engkau negeri yang menyenangkan hati,negeri yang terbaik di seluruh dunia.Aku ingin engkau memanggil Aku ‘Bapaku’,dan tidak sekali-kali berpaling daripada-Ku lagi.
20 Tetapi seperti isteri yang tidak setia,engkau pun tidak setia kepada-Ku.Aku, TUHAN telah berfirman.”
21 Suara terdengar di atas puncak-puncak bukit;suara umat Israel yang menangis dan merayu,kerana mereka telah berdosa,dan lupa akan TUHAN, Allah mereka.
22 Kembalilah, kamu semua yang telah meninggalkan TUHAN;Dia akan menyembuhkan kamu dan menjadikan kamu setia.Kamu berkata, “Sekarang kami datang kepada TUHAN kerana Dia Allah kami.