21 Suara terdengar di atas puncak-puncak bukit;suara umat Israel yang menangis dan merayu,kerana mereka telah berdosa,dan lupa akan TUHAN, Allah mereka.
22 Kembalilah, kamu semua yang telah meninggalkan TUHAN;Dia akan menyembuhkan kamu dan menjadikan kamu setia.Kamu berkata, “Sekarang kami datang kepada TUHAN kerana Dia Allah kami.
23 Sia-sia sahaja kami menyembah berhala di atas puncak-puncak bukit! Pertolongan untuk Israel hanya datang daripada TUHAN, Allah kami.
24 Tetapi penyembahan kepada Baal, berhala yang memalukan itu, telah menyebabkan kami kehilangan anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan, serta ternakan lembu dan domba, iaitu segala sesuatu yang telah diusahakan oleh nenek moyang kami sejak dahulu kala.
25 Oleh itu, biarlah kami menanggung malu dan biarlah kami menjadi hina. Kami dan nenek moyang kami selalu berdosa terhadap TUHAN, Allah kami; kami tidak pernah taat kepada perintah-Nya.”