4 Tetapi sekarang engkau berkata kepada-Ku, ‘Engkaulah bapaku. Engkau mengasihi aku sejak aku kecil.
5 Engkau tidak akan terus-menerus murka kepadaku; Engkau tidak akan marah kepadaku selama-lamanya.’ Hai Israel, itulah yang engkau katakan tetapi engkau juga melakukan segala kejahatan itu.”
6 Pada masa pemerintahan Raja Yosia, TUHAN berfirman kepadaku, “Sudahkah engkau nampak perbuatan Israel, perempuan yang tidak setia itu? Dia meninggalkan Aku dan melacurkan diri di atas setiap bukit tinggi dan di bawah setiap pokok hijau.
7 Aku berfikir bahawa selepas dia melakukan semua itu, dia akan kembali kepada-Ku. Tetapi dia tidak kembali, dan Yehuda, saudaranya yang tidak setia, nampak semua perbuatannya itu.
8 Yehuda juga nampak bahawa Aku menceraikan Israel dan menghalaunya, kerana dia telah meninggalkan Aku dan menjadi pelacur. Tetapi Yehuda yang tidak setia, saudara Israel itu, tidak takut. Malah Yehuda ikut menjadi pelacur
9 dan sama sekali tidak berasa malu. Dia menajiskan negeri dan dia berzina kerana memuja batu dan pokok kayu.
10 Setelah melakukan semua itu, Yehuda yang tidak setia itu berpura-pura kembali kepada-Ku, kerana hatinya tidak ikhlas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”