18 TUHAN berfirman,“Aku akan mengembalikan umat-Ku ke negeri merekadan mengasihani setiap keluarga;Yerusalem akan dibina lagi,dan istananya diperbaiki.
19 Penduduknya akan memuji Aku dengan nyanyian,dan bersorak-sorai dengan kesukaan.Dengan berkat-Ku bilangan mereka akan bertambah;berkat-Ku akan mendatangkan kehormatan kepada mereka.
20 Aku akan menjadikan bangsa itu berkuasa seperti dahulu,dan mengukuhkan mereka semula.Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka.
21-22 Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka,raja mereka berasal daripada kaum mereka.Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia,kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput?Mereka akan menjadi umat-Kudan Aku menjadi Allah mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
23-24 Kemurkaan TUHAN bagaikan angin ribut, umpama angin kencang yang mengamuk dan melanda orang jahat, dan tidak akan reda sebelum segala niat hati-Nya dilaksanakan. Umat-Nya akan memahami hal itu pada kemudian hari.