17 Ada harapan bagi masa depanmu;anak-anakmu akan pulang ke negeri sendiri.Aku, TUHAN, telah berfirman.
18 Aku mendengar umat Israel berkata dengan penuh kesedihan,‘Ya TUHAN, kami seperti haiwan yang belum dijinakkan,tetapi Engkau melatih kami supaya patuh.Bawalah kami kembali;kami sedia balik kepada-Mu,ya TUHAN, Allah kami.
19 Kami telah berpaling daripada-Mu,tetapi kami menyesali perbuatan itu.Setelah Engkau menghukum kami,kami menundukkan kepala kerana sedih.Kami malu dan dihinakerana kami berdosa pada masa muda.’
20 Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku,anak tercinta, buah hati-Ku.Setiap kali Aku mengancam engkau,Aku mengingat engkau dengan rindu.Aku mengasihimu;Aku akan berbelas kasihan.
21 Tandailah jalan, dan pasanglah penunjuk jalan;carilah jalan yang engkau ikut dahulu.Hai umat Israel, pulanglah.Kembalilah ke kota-kotamu dahulu.
22 Sampai bilakah kamu ragu-ragu,hai bangsa yang tidak setia kepada-Ku?Aku telah menciptakan sesuatu yang baru dan aneh,luar biasa seperti wanita melindungi lelaki.”
23 TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Apabila Aku mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka, maka di negeri Yehuda dan di kota-kotanya akan terdengar lagi orang berkata,‘Semoga TUHAN memberkati bukit suci di Yerusalemtempat kediaman yang khas bagi-Nya.’