32 Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka.
33 Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.
34 Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
35 TUHAN menyediakan matahari untuk menerangi siang;Dia menyediakan bulan dan bintang untuk menerangi malam.Dia menyebabkan air laut bergelora sehingga bergemuruh,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.
36 Dia berjanji bahawa selama hukum alam tidak berubah,Israel pun akan tetap ada sebagai bangsa.
37 Seandainya pada suatu masa langit dapat diukur,dan dasar bumi dapat diselidiki,pada masa itulah Israel akan ditolak oleh-Nyakerana segala perbuatan mereka.TUHAN telah berfirman.
38 TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila seluruh Yerusalem dibina semula sebagai kota-Ku, dari Menara Hananeel sampai ke Pintu Gerbang Sudut.