17 dan mengepung Yerusalem seperti orang mengawal ladang. Semua perkara itu berlaku kerana penduduk Yehuda telah memberontak terhadap TUHAN. TUHAN telah berfirman.
18 Hai Yehuda, engkau sendiri telah mendatangkan bencana itu kepada dirimu. Cara hidup dan perbuatanmu yang berdosa telah menyebabkan semua penderitaan itu, dan menusuk hatimu.
19 Alangkah pedihnya hatiku.Aku tidak tahan lagi menderita.Hatiku berdebar-debar,aku tidak dapat bertenang.Oleh sebab aku mendengar bunyi trompet,dan pekik peperangan.
20 Bencana demi bencana menimpa,seluruh negeri hancur musnah.Tiba-tiba khemah kami dirosakkan,kain-kainnya dikoyakkan.
21 Sampai bilakah aku harus menyaksikan kesengitan peperangan,dan mendengar bunyi trompet yang memekakkan?
22 TUHAN berfirman, “Umat-Ku bodoh;mereka tidak mengenal Aku.Mereka seperti anak-anak bodoh,mereka tidak mempunyai pengertian.Mereka mahir melakukan kejahatan,tetapi gagal melakukan kebaikan.”
23 Aku memandang bumi -nampaknya kosong dan gersang.Aku menengadah ke langit -tidak ada yang terang.