2 kamu boleh bersumpah demi nama-Ku. Kemudian semua bangsa akan meminta Aku memberkati mereka, dan mereka akan memuji Aku.”
3 TUHAN berfirman kepada penduduk Yehuda dan Yerusalem, “Bajaklah tanah kamu yang belum dibajak; jangan tabur benih antara tumbuhan berduri.
4 Peganglah perjanjian kamu dengan Aku, TUHAN kamu; khaskanlah diri kamu untuk Aku, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem. Jika tidak, kemurkaan-Ku akan membakar seperti api yang tidak dapat dipadamkan oleh sesiapa pun, kerana segala perbuatan kamu yang jahat!”
5 Tiuplah trompet di seluruh negeri!Berserulah dengan lantang dan jelas.Suruhlah penduduk Yehuda dan Yerusalemlari ke kota-kota berkubu.
6 Tunjukkanlah jalan ke Sion!Cepatlah menyelamatkan diri!Jangan berlengah-lengah!TUHAN sedang mendatangkan malapetakadan kehancuran besar dari utara.
7 Seperti singa keluar dari persembunyiannya,begitulah pemusnah bangsa-bangsa telah berangkat.Dia datang untuk membinasakan Yehuda.Kota-kota Yehuda akan menjadi reruntuhan,dan tidak akan didiami orang.
8 Oleh itu menangislah dan merataplah,pakailah kain guni tanda berduka,kerana kemurkaan TUHAN yang menyala-nyalabelum reda terhadap Yehuda.