21 Sampai bilakah aku harus menyaksikan kesengitan peperangan,dan mendengar bunyi trompet yang memekakkan?
22 TUHAN berfirman, “Umat-Ku bodoh;mereka tidak mengenal Aku.Mereka seperti anak-anak bodoh,mereka tidak mempunyai pengertian.Mereka mahir melakukan kejahatan,tetapi gagal melakukan kebaikan.”
23 Aku memandang bumi -nampaknya kosong dan gersang.Aku menengadah ke langit -tidak ada yang terang.
24 Aku memandang gunung-gunung -semuanya bergoncang,dan bukit-bukit bergoyang.
25 Aku tidak nampak manusia;burung pun sudah terbang semua.
26 Tanah subur sudah menjadi gurun;kota-kotanya tinggal reruntuhan,kerana TUHAN sangat murka.(
27 TUHAN berfirman bahawa seluruh bumi akan menjadi gurun, tetapi Dia tidak akan memusnahkannya sama sekali.)