2 bermula dengan Mesir. Demikianlah firman-Nya tentang tentera Raja Nekho dari Mesir, yang telah dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilonia, di Karkemis berhampiran Sungai Efrat pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim sebagai raja Yehuda,
3 “Para panglima tentera Mesir memekik,‘Siapkanlah perisai kamu,dan maralah untuk bertempur!
4 Pasanglah abah-abah pada kudadan tunggangilah kuda kamu!Berbarislah dan pakailah topi besi!Asahlah tombak kamu!Pakailah baju zirah kamu!’ ”
5 TUHAN bertanya, “Tetapi apakah yang Aku nampak ini?Mereka mundur ketakutan.Tentera mereka dipukul mundur;mereka lari secepat mungkin,mereka tidak berani menoleh,kerana sangat ketakutan.
6 Mereka yang berlari dengan pantas tidak dapat melepaskan diri;askar-askar tidak dapat melarikan diri.Mereka tersandung dan jatuh,di utara, dekat Sungai Efrat.
7 Siapakah yang naik seperti air Sungai Nil,seperti sungai yang membanjiri tebingnya?
8 Itulah negeri Mesir, yang naik seperti Sungai Nil,seperti sungai yang membanjiri tebingnya.Negeri Mesir berkata, ‘Aku akan naik dan menenggelamkan dunia;aku akan memusnahkan kota-kota dan penduduk di sana.