8 Itulah negeri Mesir, yang naik seperti Sungai Nil,seperti sungai yang membanjiri tebingnya.Negeri Mesir berkata, ‘Aku akan naik dan menenggelamkan dunia;aku akan memusnahkan kota-kota dan penduduk di sana.
9 Perintahlah kuda untuk pergi,dan kereta-kereta kuda untuk bergerak laju!Kirimlah askar-askar:orang dari Etiopia dan Libia yang membawa perisai,dan juga pemanah mahir dari Lidia.’ ”
10 Inilah hari TUHAN Raja Yang Maha Kuasa:hari ini Dia akan membalas dendam;hari ini Dia akan menghukum musuh-Nya.Pedang-Nya akan makan mereka sehingga kenyang,dan minum darah mereka sehingga puas.Hari ini Yang Maha Kuasa menyembelih korban-korban-Nya,di utara, dekat Sungai Efrat.
11 Hai penduduk Mesir, pergilah ke Gileaddan dapatkanlah ubat!Semua ubat kamu ternyata tidak berguna;tiada satu pun dapat menyembuhkan kamu.
12 Bangsa-bangsa telah mendengar aib kamu;semua orang telah mendengar tangisan kamu.Askar yang satu tersandung pada askar yang lain,lalu kedua-duanya jatuh ke tanah.
13 Ketika Raja Nebukadnezar dari Babilonia, datang menyerang Mesir, TUHAN berfirman kepadaku,
14 “Isytiharkanlah berita ini di kota-kota Mesir,iaitu Migdol, Memfis, dan Tahpanhes,‘Bersedialah membela diri kamu;semua milik kamu akan musnah dalam peperangan!