20 Mereka akan menjawab, ‘Moab sudah jatuh!Moab telah dipermalukan; tangisilah Moab.Umumkanlah di sepanjang Sungai Arnonbahawa Moab sudah musnah!’
21 Hukuman telah dijatuhkan atas kota-kota di kawasan dataran tinggi: di Holon, Yahas, Mefaat,
22 Dibon, Nebo, Bet-Diblataim,
23 Kiryataim, Bet-Gamul, Bet-Meon,
24 Keriot, dan Bozra. Semua kota negeri Moab, jauh dan dekat, telah dihukum.
25 Kekuatan Moab telah dihancurkan; kuasanya telah dipatahkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
26 TUHAN berfirman, “Moab telah menyombongkan diri terhadap Aku, kerana itu buatlah dia mabuk. Moab akan berguling-guling dalam muntahnya sendiri, lalu ditertawakan orang.