22 Dibon, Nebo, Bet-Diblataim,
23 Kiryataim, Bet-Gamul, Bet-Meon,
24 Keriot, dan Bozra. Semua kota negeri Moab, jauh dan dekat, telah dihukum.
25 Kekuatan Moab telah dihancurkan; kuasanya telah dipatahkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
26 TUHAN berfirman, “Moab telah menyombongkan diri terhadap Aku, kerana itu buatlah dia mabuk. Moab akan berguling-guling dalam muntahnya sendiri, lalu ditertawakan orang.
27 Hai Moab, adakah engkau ingat bahawa dahulu engkau mentertawakan umat Israel dan memfitnah mereka seolah-olah mereka tertangkap basah bersama-sama pencuri?
28 Hai penduduk Moab, tinggalkanlah kota-kota kamu! Pergilah ke bukit batu dan tinggallah di sana seperti burung merpati yang membuat sarang di tebing jurang.