4 Kemudian aku berfikir,“Mereka hanya rakyat jelata yang tidak tahu apa-apa.Mereka bertindak bodoh;mereka tidak tahu akan tuntutan Allah mereka,dan kehendak TUHAN bagi mereka.
5 Aku akan pergi kepada para pembesardan bercakap dengan mereka.Tentu mereka mengetahui tuntutan Allah mereka,dan suruhan TUHAN mereka.”Tetapi mereka semua menolak kekuasaan TUHANdan tidak mahu mentaati Dia.
6 Itulah sebabnya mereka akan dibunuh oleh singa dari hutan;mereka akan dicabik-cabik oleh serigala dari gurun,dan harimau bintang akan berkeliaran di kota-kota mereka.Jika orang keluar, mereka akan dicabik-cabik,kerana dosa mereka terlalu banyak;mereka telah berkali-kali meninggalkan Allah.
7 TUHAN berfirman, “Mengapakah Aku harus mengampunkan dosa umat-Ku?Mereka telah meninggalkan Akudan menyembah tuhan-tuhan yang palsu.Aku memberi umat-Ku makanan sampai mereka kenyang,tetapi mereka berzinadan pergi ke rumah pelacur.
8 Mereka seperti kuda jantan yang gemuk dan kuat nafsu berahi;masing-masing mengingini isteri orang lain.
9 Tidak patutkah Aku menghukum bangsa seperti itudan membalas perbuatan mereka itu?
10 Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku,tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali.Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur,kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.