30 Itulah sebabnya kaum pemuda Babel akan dibunuh di jalan-jalan kota, dan semua askarnya dibinasakan pada hari itu. Aku, TUHAN, telah berfirman.
31 Hai Babilonia, engkau penuh kesombongan. Itulah sebabnya Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa, menentang engkau! Tibalah masanya Aku menghukum engkau.
32 Bangsamu yang sombong itu akan tersandung dan jatuh. Tiada sesiapa pun akan menolong engkau bangun. Aku akan membakar kota-kotamu, dan semua yang di sekitarnya akan musnah.”
33 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Orang Israel dan Yehuda ditindas. Semua orang yang menangkap mereka mengawal mereka dengan ketat dan tidak mahu melepaskan mereka.
34 Tetapi Dia yang akan menyelamatkan mereka itu kuat; nama-Nya ialah TUHAN Yang Maha Kuasa. Dia sendiri akan memperjuangkan perkara mereka, lalu membawa kedamaian ke bumi, tetapi Dia mendatangkan kesusahan kepada orang Babilonia.”
35 TUHAN berfirman,“Binasalah Babilonia!Binasalah penduduknya,para pemimpinnya dan orangnya yang bijaksana.
36 Binasalah nabi-nabinya yang berdusta -sungguh bodoh mereka!Binasalah askar-askarnya -alangkah takutnya mereka!