12 Aku bertanya, “Ya TUHAN, mengapa negeri ini menjadi tandus dan kering seperti gurun, sehingga tiada orang melaluinya? Siapakah yang cukup bijak untuk mengerti akan semuanya? Kepada siapakah Engkau memberikan penerangan tentang hal ini supaya dia dapat memberitahu orang lain?”
13 TUHAN menjawab, “Hal itu berlaku kerana umat-Ku tidak lagi memperhatikan ajaran yang Kuberikan kepada mereka. Mereka tidak mentaati Aku dan tidak mematuhi perintah-Ku.
14 Mereka keras kepala dan menyembah berhala-berhala Baal seperti yang diajarkan oleh nenek moyang mereka.
15 Oleh itu dengarlah apa yang akan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, lakukan: Aku akan memberi umat-Ku tanaman pahit untuk dimakan dan racun untuk diminum.
16 Aku akan mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa yang tidak dikenal oleh mereka atau nenek moyang mereka. Aku akan mengirim tentera untuk menyerang mereka sampai Aku membinasakan mereka sama sekali.”
17 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada umat-Nya,“Perhatikanlah apa yang sedang berlaku!Panggillah peratap upahan.Suruhlah perempuan-perempuan datangdan menyanyikan lagu perkabungan.”
18 Penduduk Yehuda berkata,“Suruhlah mereka segera menyanyikan lagu perkabungan untuk kami,sehingga mata kami dipenuhi air mata,dan kelopak mata kami basah kerana menangis.”