17 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada umat-Nya,“Perhatikanlah apa yang sedang berlaku!Panggillah peratap upahan.Suruhlah perempuan-perempuan datangdan menyanyikan lagu perkabungan.”
18 Penduduk Yehuda berkata,“Suruhlah mereka segera menyanyikan lagu perkabungan untuk kami,sehingga mata kami dipenuhi air mata,dan kelopak mata kami basah kerana menangis.”
19 Dengarlah suara tangisan di Sion,“Kami sudah hancur!Kami sangat dipermalukan.Kami harus meninggalkan negeri kami;rumah kami sudah dirobohkan.”
20 Aku berkata, “Dengarlah firman TUHAN, hai kaum wanita,perhatikanlah firman-Nya.Ajarlah anak-anak perempuan kamu cara meratap,ajarlah kawan-kawan kamucara menyanyikan lagu perkabungan.
21 Maut telah masuk melalui jendela,dan masuk ke dalam istana kita;maut telah menerkam anak-anak di jalan rayadan kaum belia di lapangan terbuka.
22 Mayat bertaburan di mana-mana,seperti timbunan baja di tanah,seperti gandum yang dipotong dan ditinggalkan oleh para penuai,dan tidak dikumpulkan oleh sesiapa.TUHAN menyuruh aku memberitakan perkhabaran itu.”
23 TUHAN berfirman,“Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka,orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka,dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.