15 Hari TUHAN sudah dekat,ketika Yang Maha Kuasa, mendatangkan kehancuran.Alangkah ngerinya hari itu!
16 Tanaman dimusnahkan di depan mata kita.Tiada lagi sorak gembira di dalam Rumah Allah kita.
17 Benih mati di tanah yang gersang.Tiada lagi gandum untuk disimpan;jelapang kosong menjadi reruntuhan.
18 Binatang ternakan melenguh dan gelisah,kerana tiada lagi padang rumput bagi semuanya;kawanan domba pun menderita.
19 Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN,kerana padang rumput dan pokok sudah kering dan mati,seolah-olah dibakar api.
20 Bahkan binatang liar pun berseru kepada-Mu,kerana sungai-sungai sudah kering,dan padang rumput di gurun sudah dibakar api.