3 Ceritakanlah kejadian ini kepada anak-anak kamu,agar mereka menceritakannya kepada anak-anak mereka,dan anak-anak mereka pula menceritakannya kepada generasi selanjutnya.
4 Kawanan belalang yang tidak terhitung jumlahnyahinggap di ladang-ladang dan melahap hasilnya.Apa yang ditinggalkan kawanan ini,dihabiskan oleh kawanan yang lain lagi.
5 Hai pemabuk, bangunlah!Hai peminum wain, menangislah!Wain yang barusudah dirampas dari mulut kamu.
6 Suatu bangsa telah menyerang negeri kita;bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya;gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.
7 Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.
8 Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.
9 Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.