5 Hai pemabuk, bangunlah!Hai peminum wain, menangislah!Wain yang barusudah dirampas dari mulut kamu.
6 Suatu bangsa telah menyerang negeri kita;bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya;gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.
7 Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.
8 Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.
9 Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.
10 Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.
11 Hai petani, berdukacitalah;hai pekebun anggur, menangislah,kerana gandum, barli,dan semua tanaman sudah musnah.