9 Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.
10 Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.
11 Hai petani, berdukacitalah;hai pekebun anggur, menangislah,kerana gandum, barli,dan semua tanaman sudah musnah.
12 Pokok buah-buahan di ladang sudah layu semuanya;pokok anggur, pokok epal, pokok ara, pokok kurma, dan pokok delima,maka rakyat tidak lagi gembira.
13 Hai imam-imam yang bertugas di mazbah,pakailah kain guni dan menangislah.Masuklah ke dalam Rumah TUHANdan merataplah semalam suntuk.Tiada lagi gandum dan wainuntuk dipersembahkan kepada Allah kamu.
14 Berikanlah perintah untuk berpuasa;adakan satu perhimpunan.Suruhlah para pemimpindan semua penduduk Yehudadatang ke Rumah TUHAN,Allah kamudan berseru mohon pertolongan-Nya.
15 Hari TUHAN sudah dekat,ketika Yang Maha Kuasa, mendatangkan kehancuran.Alangkah ngerinya hari itu!