26 Tetapi sekarang kamu akan mempunyaicukup makanan sehingga kenyang.Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu,Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.
27 Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahubahawa Aku ada di tengah-tengah kamu,dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu,dan tiada lagi yang lain.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”
28 “Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:anak lelaki dan anak perempuan kamuakan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;orang tua kamu akan bermimpi,dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.
29 Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Kubahkan kepada hamba-hamba,baik lelaki mahupun perempuan.
30 Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi;akan ada pertumpahan darah,api dan gumpalan asap.
31 Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba,matahari akan menjadi gelap,dan bulan akan menjadi merah seperti darah.
32 Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHANakan diselamatkan.Sebagaimana TUHAN telah berfirman,‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat;mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”